Pesanan Kedutaan Malaysia di Bosnia untuk Pelancong Malaysia

Melancong merupakan di antara aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukan oleh rakyat Malaysia, khususnya bagi golongan orang muda. Bagaimanapun, keseronokan untuk melancong perlu diambil kira dengan aspek keselamatan supaya tidak terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini. Penulis sempat mendapatkan beberapa pesanan daripada pihak Kedutaan Malaysia di Bosnia & Herzegovina tentang perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa melancong.

1) Pastikan anda menghantar e-mail kepada pihak kedutaan sebagai makluman akan kehadiran anda untuk melancong di negara tersebut. Sekurang-kurangnya pihak kedutaan sudah maklum dengan kehadiran anda. Sekiranya sempat, para pelancong boleh datang ke kedutaan untuk mendaftar kehadiran anda.

2) Pastikan anda telah mendapatkan insurans pelancongan dari mana-mana agensi insurans di Malaysia. Kerana sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini, anda perlu membayar kos rawatan dan ubat-ubatan yang mahal. Apa yang penting. Pastikan insurans yang diambil itu boleh digunakan di negara tersebut.

3) Pasport merupakan nyawa anda di luar negara. Pastikan anda sentiasa membawa pasport bersama-sama sewaktu melancong. Jagalah pasport anda dengan baik sehabis mungkin, kerana kehilangan pasport akan menyebabkan anda perlu pulang serta merta ke Malaysia.

Related image

4) AWAS dengan golongan Pickpocket yang sentiasa aktif di kawasan tumpuan pelancong seperti di kawasan Bascarsija. Pastikan anda menyimpan bag dompet dan barang-barang penting dengan baik. Berhati-hati juga dengan golongan pickpocket ini, kerana mereka sering menyamar seperti pelancong dan akan mengekori anda dengan dekat. 

Image result for pickpocket

5) Patuh pada undang-undang negara tersebut. Jangan sesekali melanggar segala peraturan yang ditetapkan. Bagi mereka yang datang untuk melancong, pastikan anda tidak menetap di negara tersebut dengan melebihi tempoh dan tidak bekerja secara haram. Jangan cemarkan imej negara dengan sikap dan kegiatan yang tidak bermoral dan bercanggah dengan undang-undang. 

Kepada mereka yang ingin melancong di negara Bosnia & Herzegovina, pastikan anda memaklumkan kehadiran dan informasi anda ke email: mwsarajevo.kln@1govuc.gov.my atau hubungi di talian: +387 33 201 578. Segala informasi tentang Kedutaan Malaysia di Bosnia & Herzegovina boleh dilihat di laman sesawang rasmi: http://www.kln.gov.my/web/bih_sarajevo/home


Sumber:

Kedutaan Malaysia di Sarajevo, Bosnia & Herzegovina

Comments