Novel: Kisah Srebrenica oleh Isnam Taljic



Nama Mahathir Mohamad akan sentiasa terpahat di dalam hati umat Muslim di Bosnia. Seorang Pemimpin Muslim yang berada jauh di Asia, sanggup berkorban membela umat Islam yang terletak jauh beribu kilometer. Apatah lagi untuk sebuah negara kecil seperti Bosnia yang tidak punyai apa-apa kepentingan. Tetapi semuanya demi membela sesama Islam dan mempertahankan hak kemanusiaan sejagat. 


Sebuh buku Novel perang bertajuk “The Story Of Srebrenica” karangan Isnam Taljic terdapat kata pengantar yang ditulis daripada bekas Pemimpin kita, Mahathir Mohamad. Buku setebal 300 mukasurat ini sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui tentang detik-detik hitam di Srebrenica. Di sini, kami kongsikan beberapa nota penting daripada Tun Mahathir.



-     a)     Srebrenica, nama sebuah kota yang sukar untuk saya sebutkan, kini terpahat dengan mendalam dalam hati. Kita semua mengingati tarikh sebelas September 2001 kerana sewaktu itu, dua buah pesawat telah melanggar bangunan berkembar WTC. Seramai 3000 orang maut. Tetapi di Srebrenica, lebih dari 13,000 nyawa umat Muslim Bosnia disembelih oleh puak Serb di bawah pemerhatian tentera pengaman PBB Belanda yang bertapak di situ yang berobjektif untuk melindungi mereka.


-     b)    Puak Serb mengetahui tentang kejahatan yang mereka telah lakukan, tentera-tentera Belanda pula mengetahui tentang pembunuhan sedang berlaku dan umat kaum Muslim Bosnia juga telah mengetahui bahawa mereka bakal disembelih. Ianya bukanlah sebuah kematian segera, bagi setiap mangsa, mereka telah mengetahui bahawa mereka akan diambil seorang demi seorang untuk disembelih. Ianya mengambil masa untuk membunuh setiap individu seramai 13,000 orang, yang kesemuanya adalah kaum lelaki. 


Image result for srebrenica
-    c)   Puak Serb berniat untuk menghalau keluar umat Islam Bosnia yang merupakan kaum Muslim Eropah dari benua Eropah. Puak Serb mengetahui bahawa mereka melakukan apa yang dilakukan oleh orang-orang Eropah lainnnya dan kaum Kristian. Eropah mesti dibebaskan daripada orang Muslim. Untuk merialisasikan impian itu, semua lelaki Bosniak perlu dibunuh, jadi mereka tidak akan menghasilkan anak lagi. Wanita-wanita yang tinggal perlu dirogol. Anak-anak mereka pula tidak akan menjadi orang Muslim, kerana dicemari dengan darah-darah kaum Serbia. 


-  d)  Seramai 13,000 kaum Bosniak telah dibunuh di Srebrenica. Tetapi dunia masih tidak mengetahuinya. Dunia telah keluar menentang pengganas kerana 11 September. Bahkan, masyarakat dunia seharusnya keluar lebih awal lagi memandangkan apa yang puak Serb telah lakukan yang dilihat sebagai tindakan keganasan yang tersusun. Malangnya, masyarakat dunia hanya sekadar terkejut. Kemudian kembali mencari duit dan menonton pertandingan bola sepak.


-    e)   Kematian-kematian (di Srebrenica) ini tidak boleh dibandingkan kerana ianya lebih kejam dan brutal. Kisah Srebrenica ini perlu diceritakan berulang kali. 
Image result for perang bosnia


Penulis turut berkesempatan melawat kota Srebrenica yang memakan masa perjalanan sekurang-kurangnya 3 jam daripada ibu kota Sarajevo. Sejujurnya kota Srebrenica ini tidak ada apa-apa yang menarik. Ianya hanya sekadar perkampungan yang begitu suram seperti masih menyimpan duka lama. 

Sekiranya para pelancong bertandang ke sini, mereka sekadar melawat tanah perkuburan Srebrenica yang menempatkan lebih 8,000 kubur umat Muslim Bosnia. Dan di hadapannya pula terdapat sebuah kilang lama (tempat pembunuhan berlaku) yang dijadikan sebagai muzium.

Kami menyarankan agar para pembaca melakukan lebih banyak kajian tentang perang Bosnia yang tercetus pada awal 90 an. Dan kami Insya Allah akan terus menerus kongsikan kisah-kisah Balkan dari semasa ke semasa. Terus bersama kami! Semoga mendapat manfaat!. 

Sumber: Buku: The Story Of Srebrenica oleh Isnam Taljic. Halaman 7-9

Comments